sedarilah :)
Kita
menjadi matang kerana masa lalu, kita belajar, kita memahami, kita
mengenali, semakin banyak yang kita belajar, kita semakin beranjak
dewasa dan semakin matang & semakin mengenal dunia.
Ada
ketikanya kita patut berterima kasih pada orang-2 yang pernah menyakiti
kita dulu, kerana mereka lah kita bertemu dengan orang-2 yang lebih baik
sekarang. pasti ada hikmahnya kenapa mereka menjadi masa lalu kita dan
bukan menjadi orang di masa hadapan kita.
Tapi. jangan pula
kita membezakan orang yang pernah menyakiti kita dahulu itu dengan orang
yang mencintai kita sekarang. kerana sebagai hamba kita sebenarnya sama
sahaja. berpegang lah pada prinsip, kita manusia biasa, kita tidak
sempurna, kadang-2 kita juga boleh terbabas dan tersasar jauh dari
jalan-Nya, maka, belajarlah memaafkan & melupakan, bersangka baik,
jom! :)
No comments:
Post a Comment