pergaduhan hebat :D



FACEBOOK : Aku pula kenal dengan semua orang .

FRIENDSTER : A'aa, semua kenalan aku kau curi !

MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook !

TWITTER : Takpe Facebook, aku back-up kau .

GOOGLE : DIAMMM !! Aku ada semuanya .

MOZILA : Eh , tanpa aku , korang tidak boleh diakses .

IE : Wei Mozilla , sendrik mau ingat ha . . gua kan ada !

MOZILA : Lu pehal ? Kacau line orang jer !

IE : Lu dulu la mamat , mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi ! !

INTERNET : Sudah !!! jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde , korang lagi la takde ! Power tak aku ?

FACEBOOK : Hmmm , akulah yang paling ramai di kunjungi . Jadi gua yang terbaekkkkk !!!

YAHOO : Facebook, jangan riak . Kalau aku takde, mana boleh buat email !

GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak !

MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehem! Lu org ingat kami ni kayu ?

TNB : Diamlah korang, nanti aku matikan elektrik . . baru korang tau siapa paling power !

hahahaha :D

wahai kaum adam !



Renungan untuk diriku dan sahabat sekalian :)

Warkah Buat Suami

Wahai lelaki, fahamilah erti perkahwinan…

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia,

Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah…

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah..

Perkahwinan, mengajarkan makna kewajipan bersama,

Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri menjadi ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,

Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuas-puasnya, Saat Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,

Seandainya Isteri tulang rusuk yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya…

Perkahwinan, menyadarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA,
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA,

Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana,
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi solehah..

Kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajhah,

Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh

************************

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

kenapa umat Islam menyembah ka'abah


Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak…… 

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ? 

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……

reaksi antara suami dan isteri

Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg. 

Suami: "Kenapa?" 
Isteri: "Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!" 

Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.

Suami: "Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?!"


*hhahahahaha

kIsah uLama' dAn prAmugAri


Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk.

Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke singki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.

Pramugari : (Dengan suara yang agak keras) Tuan tak boleh masukkan kaki dalam singki tu, sebab mengotorkan singki. Ini tempat basuh muka, bukan basuh kaki!

Ulama : (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari?

Pramugari : (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!

Ulama : (Dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari...

Pramugari :.....................................(muka merah padam) -tersentap

bersikaplah lebih dewasa

 
BERSIKAPLAH LEBIH DEWASA
Jangan tangisi sebuah perpisahan. suatu
saat engkau akan berterimakasih karena
hal itu telah membuatmu menjadi pribadi
yang lebih baik. Ketika ada orang yang
menyakitimu, janganlah membalas
menyakiti. Tetapi bersikaplah lebih
dewasa. Krena sakit yang sedang kamu
rasakan adalah pelajaran yang teramat
berharga untuk membuatmu lebih
dewasa dalam bersikap.
Memang luka di tubuh bisa dengan
cepatnya sembuh. Sedangkan luka di hati
sulit sekali untuk bisa sembuh. namun
keikhlasan hatilah yang mampu
mengubatinya..
Semoga kita menjadi pribadi yang
penyabar dan semakin dewasa dalam
bersikap..

sahabat - sahabat - sahabat

♥ Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar
♥ Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharum
♥ Sahabat sejati menjadi pendorong impian
♥ Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah

lawak kowt :)

Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya merasa kehairanan. Nurse itu bertanya, 

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??" 

Feddy tersenyum malu dan berkata... 
" Sebenarnya... saya selalu berfantasi... maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..." 

"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse... 

Feddy gembira dan berkata... 
"iya...iya, saya masih single". 

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali. 

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata... 

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin". 

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata... 

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang MAK NYAH yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke PESTA PAKAIAN SERAGAM"

karenah seorang budak

Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun membeli sekotak sabun dari sebuah kedai runcit...

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian yang hendak dibasuh?

Budak: Saya nak mandikan kucing...

Pekedai: Eh, tak boleh gunakan sabun ni... Sabun ni terlalu kuat untuk kucing... silap-silap kucing kamu boleh mati...

Budak itu terus berlalu setelah membayar harga sabun... Seminggu kemudian, budak itu kembali ke kedai runcit tersebut...

Pekedai: Bagaimana kucing kamu?

Budak: Mati...

Pekedai: Bukan Pak Cik dah kata....

Budak: Tapi saya tak fikir sabun itu yg membunuhnya...

Pekedai: Habis, siapa yang membunuhnya?

Budak: Mesin basuh tu... ia berpusing terlalu laju...

* :D *

cahaya cinta :)

Awak2... Maaf tumpang tanya? Lorong CINTA, jalan SAYANG, kampung RINDU, daerah KASIH SAYANG, poskod 1.4.3 pekan HATI, bandar I MISS YOU. Dekat mana ya ?
Teman istimewa : Awak jalan terus ikut jalan ILAHI, nampak simpang 3 masuk belah kanan, ikut jalan NIKAH, sepanjang jalan tu awak akan nampak belah kanan, kedai BATAS BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit, iaitu pasar PERSIAPKAN diri... Haa tu tandanya awak berada di jalan yang betul , semoga sampai. Cinta ALLAH cinta abadi... ♥

muslimah solehah :)

Dia memakai tudung labuh, bukan bererti dia sempurna.. Dia memakai tudung labuh, bukan bererti dia tak pernah melakukan kesilapan.. Dia memakai tudung labuh, bukan bererti dia solehah.. Dia memakai tudung labuh kerana melaksanakan perintah ALLAH dan ingin menjadi Muslimah yang baik.

hatie dan perasaan :)

♥ Saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN cakap awak..

♥ saya SENYUM bukan bermakna saya RELA di marah, di caci atau di maki oleh awak..

♥ saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH..

♥ Tapi saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak seperti mana awak lakukan pada saya..

♥ saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT MAK AYAH supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain..

♥ dan saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya..

:-8 hakikatnya saya juga seperti awak..punya hati dan perasaan (✿◠‿◠)

kaum hawa :D

♥♥ Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya,
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
Dekat pada lengan untuk dilindunginya dan dekat di hati untuk DICINTAINYA.....♥♥

sedarilah :)

Kita menjadi matang kerana masa lalu, kita belajar, kita memahami, kita mengenali, semakin banyak yang kita belajar, kita semakin beranjak dewasa dan semakin matang & semakin mengenal dunia.

Ada ketikanya kita patut berterima kasih pada orang-2 yang pernah menyakiti kita dulu, kerana mereka lah kita bertemu dengan orang-2 yang lebih baik sekarang. pasti ada hikmahnya kenapa mereka menjadi masa lalu kita dan bukan menjadi orang di masa hadapan kita.

Tapi. jangan pula kita membezakan orang yang pernah menyakiti kita dahulu itu dengan orang yang mencintai kita sekarang. kerana sebagai hamba kita sebenarnya sama sahaja. berpegang lah pada prinsip, kita manusia biasa, kita tidak sempurna, kadang-2 kita juga boleh terbabas dan tersasar jauh dari jalan-Nya, maka, belajarlah memaafkan & melupakan, bersangka baik, jom! :)

renungkanlah bersama :)

Renungkanlah, carilah, muhasabahlah, fikirkanlah sekurang-kurangnya, bukalah mata hati, bacalah, fahamilah apa kurangnya diri itu sendiri, kenalilah diri, cubalah walau hanya sedikit, jangan terus hanyut dibawa arus. jangan terus leka di buai mimpi, renanglah kembali ke daratan yang hakiki.

Bukan cuba untuk berlagak baik tapi cuba memperbaiki diri. bukan cuba berlagak pakar dalam segala hal & motivasi diri, tapi cuba berkongsi segala nasihat yang berguna, bukan berlagak alim , tapi cuba menginsafi diri. Jika bukan hari ini, apakah esok masih menanti untuk kita?

Sedarilah kembali, hati kita ni, milik Tuhan, bukan milik tuan. Biarlah Allah saja yang menilai kebaikan & keburukan yang kita buat, utamakan pandangan Allah, bukan pandangan manusia. bersangka baik, jom! :)
anak--> mak nak duit.

mak--> maaf nak,mak nak simpan duit ni untuk bayar sewa rumah.

anak--> kenapa dulu ayah tak nak beli rumah, jadi kita tak payah la nak dok umah sewa lagi. dah la sempit, tak best.

mak--> bersyukur la nak dengan apa yang ada. dulu ayah kamu seorang yang berhati hati dalam berbelanja. namun kerana sesuatu perkara yang tak dapat dielakkan, duit yang ayah kamu simpan untuk membeli rumah telah ayah kamu gunakan kepada sesuatu yang lain.

anak--> arghhh alasan semua tu...kita ni hidup susah melarat macam ni pun sebab ayah la... pemalas. tengok sekarang apa yang kita kena hadapi.

emak--> jangan cakap macam tu nak. tak baik. kesian kat ayah kamu kalau dia dengar pasti dia terasa hati..

anak--> ayah takkan dengar punya.. dia kan dah takda...tu la dulu hidup banyak nyusahkan orang...dah mati pun nyusahkan orang...

emak--> nak tahu kenapa ayah kamu ninggal?

anak--> alaa mesti kes jenayah la tu.

emak--> yer ayah kamu ada buat salah.. tapi bukan kesalahan jenayah. kesalahan ayah kamu ialah dia sanggup memindahkan sebahagian hatinya untuk kamu. dan bayaran yang digunakan untuk menjalani pembedahan itu menggunakan wang untuk membeli rumah. dia telah mengalami komplikasi serius akibat kehilangan darah yang mendadak. dia lakukan semata mata untuk melihat anaknya yang baru berusia dua tahun itu dapat berjalan semula dan ketawa menghiburkan hatinya. dia tak fikirkan masa depannya, dia hanya fikirkan masa depan anaknya. sebelum meninggal ayah kamu ada berpesan "mah, andai abang pergi dahulu, abang harap mah jagalah anak kita dengan sebaik mungkin. berilah dia kasih sayang yang berhak dia dapat. mah, abang rasa masa abang dah sampai. halalkan segala galanya mah. abang banyak buat salah kat mah. abang tak dpat jadi suami yang sempurna untuk mah. namun abang tinggalkan mah dengan zuriat yang mampu menemani mah ketika abang tiada. mah, abang sakit ni. sakit mah... tapi abang sanggup menahannya untuk anak abang."

anak--> mak ckap apa ni?

emak--> buka la belakang jam peninggalan ayah kamu yang kamu pakai tu... ingat tak dulu kamu begitu suka dengan jam itu kerana jam itu sebagai penganti ayah kamu. kamu yang berkata begitu kan? nah sekarang buka lah belakang jam tu.

anak--> ada nota..."anak ku, andai kamu telah membaca surat ini, ketahuilah akan dikau ayah telah lama berada dalam hatimu... kasih ayah padamu tiada berakhirnya...ayah tunggumu di syurga... jaga la emakmu sepemergian ayah ini...anakku sayang..."

emak--> inilah orang yang kamu benci sebenarnya berada dalam hati kamu sendiri..

anak-->emak ampunkan dosa saya mak....ayah maafkan saya ayah...ya Allah tempatkanlah ayahku ditempat orang orang yang Engkau redhai...mak mulai sekarang saya akan membela hidup kita sekeluarga..

emak--> alhamdulillah..syukur kepada Allah..

~sesapa yang punya ibu dan ayah lagi, berbuat baiklah kepada mereka... kepada yang dah kehilangan mereka...sentiasalah memohon doa kepada Allah untuk mereka...

Awak ↖ Awak ↗ Awak ↙ Awak → Awak ↓ Awak ↩ Awak ↪ Awak ↩ Awak ↲ Awak ↯ Awak ↱ Awak ↰ Awak ↷ Awak ↳ Dan Awak ↺



Jadilah seorang insan yang selalu...
~ BERSABAR Saat tertekan
~ TERSENYUM Di kala hati menangis
~ BERDIAM Di saat dihina
~ BERSAHAJA Dalam memafkan (^_^)!!